Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Thursday, 26 December 2013

MLM, Jep, Sepahtu dan Bottom 3.

Assalammualaikum.

Ya satu Malaysia tahu, eh melampau. bukan-bukan, ekekee. ramai yang tahu dia seolah berjauh hati, kecewa apabila Sepahtu masuk bottom 3 minggu lepas. aku sendiri rasa sedih bila dia sedih. sobs. ok tak payah nak over sgt sebab ramai jugak yang sedih kan? haha.

Semua perasan dia kecewa sampai tahap dia diamkan diri dari satu-satunya medium dia dengan peminat, Instagram dia. kalau tidak, lepas habis je MLM, msti dia post apa-apa gambar atau insta-video. bukan aku seorang saja perasan tapi beratus ribu peminat dia perasan ok.

tapi aku pun dah lega sebab dia dah boleh buat kemunculan umum. maknanya dia dah ok la tu kan? :p

ni kejadian latest ni, semalam @ kelmarin, aku pun malas nk check balik. haha. game bola SuperLawakFC dan Jep yg menjaringkan gol bg kemenangan team dia. Tahniah Pok Teh!

Apapun, pasal MLM, aku sendiri tak mampu nak bagi komen. kang aku sokong dia 100%, orang cakap aku karatz dia sampai tak boleh nak terima langsung yang Sepahtu memang tak perform. kalau aku kritik dia pulak, aku sendiri tak sampai hati. hahaha. 

macam-macam orang cakap pasal dia dan Sepahtu sampaikan kalau aku sendiri tempat dia, aku pun down, jatuh berdebuk tergolek-golek semangat aku ni. tapi aku terharu juga dengan sokongan ramai lagi peminat dan penyokong Sepahtu dan Jep yg xhenti bg smgt. terharu rasa. sobs. 

Nampak tak? Kau ramai penyokong, Jep? kalau tak nampak jugak, meh sini aku bukakkk bukakk mata kau tu. haaha. amboi marah Jep nampak? sanggup ke? wakakaka

jadi apa yang aku boleh cakap, dia dan Sepahtu dah cuba sehabis baik, mungkin nampak macam mereka main-main selama ni tapi siapa kita nak menilai? tahu tak betapa susahnya nak cari idea? aku tau la susah tu macam mana. ekekeeke. ok xpayah nak kait dgn diri sendiri boleh tak? 

apapun, kejadian minggu lepas harapnya dapat buka mata Sepahtu untuk tidak lagi berada di zon selesa, semoga kejadian ini menjadi trigger untuk Sepahtu melangkah laju ke depan dan bukan lagi hanya berada di takuk lama.

Kalau rasa kecewa, patah hati, down teramat, kembalilah pada Dia. semoga Dia mengurniakan kalian ketenangan dan idea melimpah ruah. amin!

Tak sabar nk tengok persembahan dia orang minggu ni. All the best dan semoga berjaya melakukan yang terbaik.Good luck Sepahtu!

Ehem sudah-sudahlah down tu ye Jep. ^_^

Friday, 20 December 2013

Aku, MLM2013, Jep, dan Kenangan Terindah

Asalammualaikum semua!

Wah tajuk kemain macam sesuatuuu sgt.

Malam ni MLM2013 minggu 6 kan? All the best untuk semua peserta terutamanya buat Sepahtu. Saya harapkan kalian mampu menyerlah malam ni setelah beberapa minggu dikritik dengan hebat.

wah skema benar ayatku. hahaha.

Sebab malam ni MLM2013, otomatik teringat peristiwa seminggu yang lalu. dush3. hahahaah.

apa yang jadi seminggu yang lalu?

jeng jeng jeng...

hahaahaha.

minggu lepas, saya salah seorang yang hadir di Stadium MBSA, Shah Alam untuk menyaksikan MLM2013 secara live depan mata. memang kenangan terindah yang takkan saya lupa. first time tengok kan? hahaha. rasa macam nak terjun loji bagi sedar diri balik yang ini semua bukan mimpi.


Eh kenapa terover pula kau padahal tengok MLM saja? ah biarlah dekat aku! ahahaa. kemain marah diri sendiri.

tengok MLM2013 pun saya dah cukup happy dah. dah rasa macam dream came true sgt, tapi Allah bg saya rezeki yang lebih dari itu. Alhamdulillah.

ok kemain nak bg saspen cakap belit-belit kan? sekali sembelit semua orang yg baca entry ni. hahaha. ok ok straight to the point. tengok ajelah gambar bawah ni.


 dah tak payah perasan, tu senyuman kemam bibir tu untuk saya sahaja. hahaha. gila riak. kah3.

dah cukupla kan gmbo tu menjelaskan segalanya. hahaha.

tak paham jugak? -_________-"

ok saya jumpa Jep. titik. kbai

hahha macam mana, dekat mana, bagaimana, kenapa, semua soalan macam nak buat karangan tu saya tak mampu nak jawab atas faktor keselamatan Jep. wah kau tetibe prihatin kt Jep. hahaha.

apapun yang pasti, saya jumpa dia lepas MLM2013 dkt kedai makan. dah itu je info boleh bagi. HAHAHAH.

gambo berdua? kang ramai muntah hijau, termasuklah yang migrain tengok kan? haahha.






Nah ambik gmbo sipi-sipi ni sudah. tak payah lebih-lebih. lagipun semua nak tengok jep, bukan saya. hahaha. kan kan. last but not least, tolong jangan jeles. tolong jangan jeles. tolong jangan jeles.

saya dapat peluang ni mungkin sekali seumur hidup saja jadi tolong gembira untuk saya dan saya doakan Jeppers sekalian jua akan dapat ketemu dia nnti jika anda tak pernah jumpa lagi.

yang dah byk kali jumpa tu, duduk diam-diam ok. HAHAHAHA

ok itu saja.

All the best buat Jep n Sepahtu untuk malam ni. lakukan yang terbaik bukan saja untuk diri kalian tapi juga pada peminat yang menyokong. Jangan sia-siakan sokongan mereka, dan buktikan mereka tidak salah meminati kalian. chewah setiap kali nak bg ucapan je jadi skema. mcm Jep je, macam Jep je. hahaha.

Ok tata.