Wah tajuk kemain macam sesuatuuu sgt.
Malam ni MLM2013 minggu 6 kan? All the best untuk semua peserta terutamanya buat Sepahtu. Saya harapkan kalian mampu menyerlah malam ni setelah beberapa minggu dikritik dengan hebat.
wah skema benar ayatku. hahaha.
Sebab malam ni MLM2013, otomatik teringat peristiwa seminggu yang lalu. dush3. hahahaah.
apa yang jadi seminggu yang lalu?
jeng jeng jeng...
hahaahaha.
minggu lepas, saya salah seorang yang hadir di Stadium MBSA, Shah Alam untuk menyaksikan MLM2013 secara live depan mata. memang kenangan terindah yang takkan saya lupa. first time tengok kan? hahaha. rasa macam nak terjun loji bagi sedar diri balik yang ini semua bukan mimpi.
Eh kenapa terover pula kau padahal tengok MLM saja? ah biarlah dekat aku! ahahaa. kemain marah diri sendiri.
tengok MLM2013 pun saya dah cukup happy dah. dah rasa macam dream came true sgt, tapi Allah bg saya rezeki yang lebih dari itu. Alhamdulillah.
ok kemain nak bg saspen cakap belit-belit kan? sekali sembelit semua orang yg baca entry ni. hahaha. ok ok straight to the point. tengok ajelah gambar bawah ni.
dah tak payah perasan, tu senyuman kemam bibir tu untuk saya sahaja. hahaha. gila riak. kah3.
dah cukupla kan gmbo tu menjelaskan segalanya. hahaha.
tak paham jugak? -_________-"
ok saya jumpa Jep. titik. kbai
hahha macam mana, dekat mana, bagaimana, kenapa, semua soalan macam nak buat karangan tu saya tak mampu nak jawab atas faktor keselamatan Jep. wah kau tetibe prihatin kt Jep. hahaha.
apapun yang pasti, saya jumpa dia lepas MLM2013 dkt kedai makan. dah itu je info boleh bagi. HAHAHAH.
gambo berdua? kang ramai muntah hijau, termasuklah yang migrain tengok kan? haahha.
Nah ambik gmbo sipi-sipi ni sudah. tak payah lebih-lebih. lagipun semua nak tengok jep, bukan saya. hahaha. kan kan. last but not least, tolong jangan jeles. tolong jangan jeles. tolong jangan jeles.
saya dapat peluang ni mungkin sekali seumur hidup saja jadi tolong gembira untuk saya dan saya doakan Jeppers sekalian jua akan dapat ketemu dia nnti jika anda tak pernah jumpa lagi.
yang dah byk kali jumpa tu, duduk diam-diam ok. HAHAHAHA
ok itu saja.
All the best buat Jep n Sepahtu untuk malam ni. lakukan yang terbaik bukan saja untuk diri kalian tapi juga pada peminat yang menyokong. Jangan sia-siakan sokongan mereka, dan buktikan mereka tidak salah meminati kalian. chewah setiap kali nak bg ucapan je jadi skema. mcm Jep je, macam Jep je. hahaha.
Ok tata.
No comments:
Post a Comment