Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Thursday, 29 November 2012

Hari Ini Telah Tiba!

Assalammualaikum Jeppers!

akhirnya hari yang dinanti telah tiba. siapa yang tahu hari ni ada apa?

haha. kalau tak tahu tu bukan Jeppers la namanya kan?

ok, buat pengetahuan sesiapa yang belum tahu, hari ini adalah hari pertama tayangan filem Sepah The Movie di pawagam-pawagam berhampiran anda.


siapa excited?

ok tak payah la sampai melompat dari kerusi tu, saya tahu korang sume excited.

siapa yang nak pergi tengok hari ni? adik-adik yang cuti sekolah mampu la kan, akak yang bekerja ni ujung minggu baru berpeluang kot.

bagi yang bertuah, bolehlah pergi tengok wayang dengan Jep dan warga kerja Sepah The Movie hari ni. dengar cerita, Jep akan tengok wayang di Pavilion hari ni, dalam jam 1.30 ptg. ini khabar2 yang saya dengar la, kalau Jep tak muncul masa tu, jangan marah saya pulak. haha.

Saya?

mestilah tak boleh pergi. sebab :-

  • hari ni hari bekerja
  • saya dok PENANG la. ada faham? haha.

saja kan Jep ni? nak bermesra dengan adik-adik je kan, ahkak ni terpinggir nok. kah3.

apapun selamat menonton Sepah The Movie buat semua yang menantikan kemunculan filem ni di pawagam. nanti dah tengok, jangan lupa komen ya.

chawwws!

Friday, 23 November 2012

Video : RoadTour Sepah The Movie, Bukit Jambul

Assalammuaalaikum Jeppers.

tabiat menunggu hingga cerita hampir basi adalah kelebihan akak. hahaha! sebelum cerita dah makin berulat wei apa kau buat cerita pembunuhan ke apa ni?  maka hari ni akak nak tempek video yang mampu akak rakam semasa RoadTour Sepah The Movie di Bukit Jambul, Penang.

ok jangan salahkan akak atas kelewatan ini, salahkan mood akak. haahah!

AWAS! sila slowkan volume speaker anda sebab video ni audio dia pecah dan kurang jelas. juga byk berlalu gegaran sbb akak nervous tengok Jep, jantung berdebar. hahaha! segala kesulitan harap dimaafkan. :p


ada lagi video2 lain tp ini yg terbaik sebab yang lain pendek2 je. hehe.

enjoy!

Tuesday, 20 November 2012

Event Sepah The Movie RoadTour, Bukit Jambul

Assalammualaikum Jeppers!

Ok marilah layan gambo RoadTour STM dekat BJ Mall ye. akak tempek je mana ada. banyak gmbo lain akak dah buang sebab gegar. tuan punya gmbo nebes tgk Jep smpai bergegar2 gmbo semua. haha!
 
nak membuli, sihat trus!
ni apa hal lak ni?
ni apahal bersenam ats pentas?





maaf gambo tak clear sgt sbb guna kamera phone je. sobs. kan dah cakap, semua yg dirancang tak menjadi, nak guna kamera, skli kakak akak pun nak guna kamera jugak, terpaksalah beralah disebabkan itu milik dia. haha!

ok sesiapa nak ambik gmbo ni, ambikla, tak yah kreditkan dekat akak pun xpe. akak xkisah. wah pemurah kauu! haha!

apapun, dalam serba tak kena masa event ni, akak tetap gembira sbb dapat jumpa Jep. tp nak nangis jugak sebab terlalu gembira, boleh? :p

p/s : buat yang tertanya, ya masa event ni Jep kurang sehat. mungkin ada yang perasan Jep mcm tak selesa sikit, ada masanya dia menyendiri. dia sebenarnya mmg tak sihat, mungkin kepenatan campur dengan demam yang belum kebah. hampir dia nak muntah time tu. mungkin sebab itu sesi TT dan bergambar disingkatkan. harap semua faham dan jangan salahkan Jep ya! ^_________^

Monday, 19 November 2012

Alkisah RoadTour Sepah The Movie, Bukit Jambul

Assalammualaikum Jeppers..

Ikutkan hati, memang dah tak nak pergi, sebab rasa malas. rasa tak nak libatkan diri dah. rasa macam nak beralah, tapi atas desakan adik yg nak sgt jumpa Shuib, dan juga mungkin ini kali pertama juga kali terakhir dapat jumpa Jep, aku gagahi juga. T___T

Sebelum bergerak, rasa macam serba tak kena. macam ada saja perkara yang menghalang. Tunggu bas pukul 12.30, pukul 2 baru bas datang. ikutkan hati dah patah balik dah. tapi aku tahan je. dah naik, tak ada tempat duduk pulak, berdiri je.

Lepas naik feri, naik bas semula. kena berdiri lagi. fine takpe. tiba-tiba baju terkena chewing gum yang ditempek dkt tepi tingkap. T_T fine xpe.

sampai BJ, dah nampak set event RoadTour, pergi solat Asar dulu. melilau carik surau, jumpe dkt tmpt parking. solat-solat, pastu carik toilet, rupa-rupanya ada surau kt bahagian dalam mall yg lagi baru lagi selesa. fine xpe. dah dekat 10 tahun tak dtg sini kot. ni gigih semata-mata sebab event STM je kot.

Habis solat, pergi event, dapat tempat tengah-tengah, tapi depan kiri kanan bangla mari pulak. sabo je la. gigih dorg ketawa ble Jep buat lawak. ok aku maafkan, walaupun mcm dah penuhkan tempat tu dgn dorg. k fine.

dorang panggil2 naik atas pentas, mestilah aku takkan naik. aku kan pemalu. haha. teringat pulak Zura kena gangnam style, lagi la TIDAK untuk aku. haha. tengok sajelah orang2 naik, tp sekali semua jenis soalan senang2 je. rasa macam menyesal tak naik, tapi scene gangnam style tu masih hantui aku. ok, TAKKAN naik! tahan je diri sendiri.

lepas tu sesi otograf, dengan gigih eh bukan, dengan ganasnya aku telah berjaya mempertahankan poster yg ditarik kiri dan kanan. aku berjaya dptkan poster besar tu! wuhuu! dengan gigihnya beratur nak disain. tak sampai 10 minit, semua cast bangun dr meja. sabar lg. ok ade interview pulak, jap lg smbung kot.

ok hampeh tak sambung dah. dah la tak ada pengumuman langsung kata dah habis sesi tu. kami masih terpacak kt situ sepuluh minit. k fine. tak dapat sain Jep, tak dapat bergambo dgn Jep. T______T

nampak semua cast naik kereta semula. pergi dekat kereta, tunggu kereta jalan. sebab frust, jadi sekadar nak ucap selamat tinggal. tunggu lagi sepuluh minit, kereta tak gerak-gerak.

adik aku tulis dalam buku, I Love U Shuib, tepek dekat cermin kereta. Shuib lambai dekat dia, bukak tingkap then sain buku dia. T__T sumpah aku jeles. dan mungkin Jep ingt aku ini si kakak yg temankan adik yg minat Shuib. k fine. nampak Jep dlm kereta tapi dia sedang lap-lap muka dengan tisu dan duduk di sebelah sana. tak boleh buat apa.

ikut hati, mahu je aku rempuh halangan dan ketuk cermin sebelah sana. tp aku bukannya gedik sgt smpai nak buat begitu. imej kena jaga beb. haha! entah Jep sedar atau tak, aku dan adik terpacak di situ. T__T

lepas beberapa minit, org semua dah ilang, cast semua turun, tapi aku tak mampu buat apa sebab byk sekuriti. tengok je dorg naik ke BJ Kompleks. nak pergi makan kot. ok aku bukan paparazi mahupun gigih sgt nak mengejar sampai begitu. maka kulihat saja Jep dan yang lain pergi tanpa sempat berbuat apa.

Lagipun sudah hendak Maghrib waktu itu. biarlah kukejar saja cinta Allah, dari kukejar cinta manusia. wah gitu, sempat buat pesanan. haha.

akhirnya balik dengan rasa kecewa yang berbuku. berlawanan dengan adik aku yg berjaya dapatkan sain Shuib. dia gembira, aku tak.

apa yang aku kecewa, bukannya selalu akan ada event sebegini di Penang, patutnya sesi TT dan bergambar tu patut lebih lama. T_________T

aku kecewa.

dah dekat tapi tak bisa digapai


tapi tak apalah, disebalik kekecewaan, kesedihan aku ni, sekurang-kurangnya aku gembira sebab akhirnya aku dapat jumpa dia. selama ni aku fikir, mungkin takkan ada langsung peluang aku untuk jumpa dia.



ya aku dah cukup gembira. terima kasih Jep.

p/s : baru dpt tau kemungkinan di sebalik punca sesi TT disingkatkan. T___T kesian kamooo.. moga cepat sembuh!

p/s lagi : InsyaAllah nanti akak letak gmbo2 time event tu, sekarang malas lg. haha!

Wednesday, 14 November 2012

Buat Jeppers Kesayangan

Assalammualaikum Jeppers!

Mungkin bakal sibuk sejak dua menjak akan datang, sebab nak fokus pada kerja yang terbengkalai yang sudah ada deadlinenya. mungkin akan menyepi seketika, tapi entah betul entah tidak. manalah tau, kang mood Jeppers saya meroyan-royan, maka terpaksalah saya update blog terpaksa konon.

hari ini, satu saja saya nak cakap.

tentang Jeppers.

ya, kamu. adik2 Jeppers yang ahkak sayang. hehe.

sejujurnya, dulu akak langsung tak pernah join kelab2 peminat ni, memang tidak pernah tahu rencah dan asam garamnya sebagai mana. sungguh akak tidak mengerti kerana selama ini, akak cuma minat dalam diam dan dok senyap-senyap tak kacau orang. tapi sungguhlah, aura apa Jep bawak sampai akak tak boleh duduk diam lagi, akak jadi nak tau semua pasal dia. akak nak tau perkembangan dia, apa aktiviti dia. semua akak nak tau. dari situ, akak terjebak terjoinlah dengan semua FC yang berkaitan dengan Jep. dan secara rasmi menjadi seorang Jeppers. Setelah menjadi seorang Jeppers, barulah akak tau macam-macam jenis manusia yang wujud di dalam kelab peminat.


Adik2 Jeppers,
memang tak salah adik2 nak minat Jep. minatlah! Jep pun tak marah, apatah lagi akak. haha. akak memang tak layak nak bg nasihat dekat adik-adik sebab akak sendiri baru je menjadi seorang Jeppers. tapi adik, dalam masa yang singkat ni pun, macam-macam jenis manusia akak jumpa. macam-macam perangai yang ada. akak tak halang adik nak minat Jep, cuma satu je pesan akak. berpada-padalah, jangan minat dia sampai kita tak boleh bezakan realiti dan fantasi.

Jep itu milik masyarakat. ya sebagai artis, dia milik masyarakat, tapi pada masa yang sama, dia pun ada ruang peribadi yang dia tak boleh kongsi dengan kalian. ada masanya, dia nakkan privacy, janganlah kita terlalu ganggu hidup dia sampai dia sendiri rasa rimas.

Kalau adik-adik benar minatkan Jep, seikhlas hati adik-adik, dengan sesiapapun dia berkawan, adik tidak akan kisah. walhal kalau suatu hari nanti, dia mendirikan rumah tangga dengan sesiapa sekalipun, adik akan masih tersenyum dan doakan kebahagiaan dia, dan masih setia jadi peminat dia. itu Jeppers sejati, mampukah adik-adik laksanakan?

 Janganlah kerana Jep yang adik-adik tidak kenal secara peribadi pun, adik-adik sanggup bergaduhan sesama sendiri, merebut benda yang belum pasti. ya tidak ada salahnya, menanam sedikit harapan, kerana jodoh itu suratan Allah, tapi dik, berpada-pada sama. jangan terlalu berangan sampai begitu yakin yang jep akan jadi milik adik-adik suatu hari nanti. kelak, perkara ini akan memakan diri adik juga. bila suatu hari nanti, jep jadi milik orang lain, saat itu adik-adik akan kecewa pada perkara yang sia-sia.

Maafkan akak,
andai entri ini buat adik-adik terasa. sumpah bukan itu niat akak. akak tak suka melihat perpecahan dalam Jeppers padahal kita berpaksi pada minat yang sama; Jep! akak harap adik-adik faham.


Buat Jep,


kalau saya menyepi dari hidup awak nanti, bukan bermakna saya dah tak minatkan awak. tapi mungkin sebab saya lebih rela menjadi orang yang minat awak senyap-senyap macam dulu. tak perlu menghadap manusia-manusia yang berasa awak adalah milik mereka sepenuhnya. mungkin saya dah penat, mungkin beberapa detik yang saya lalui sebagai jeppers sudah cukup sebagai kenangan terindah dalam hidup saya. mungkin... 

p/s : ini bukan entri berjauh hati, mahupun merajuk diri. ini entri memujuk diri. wah gitu. haha! ok jumpa lagi, entah bila... kalau berkesempatan.

Monday, 12 November 2012

Kata Hati Untuk Nadzri : Suatu Ketika Nanti



Assalammualaikum Jeppers...


Kau dan aku berbeza
Takkan pernah bersua
Hanya memendam rasa...

Biar dunia kita tak sama
Tapi kita punya matlamat serupa
Hiburkan manusia...

Entah bila tiba ketika
aku sendiri tak bisa mengira
hanya mengharap ia kan jadi nyata...

Moga suatu ketika nanti
ku kan bisa bertemu Encik Nadzri...

mood : tengah jeles tengok gambar kawan-kawan dekat event RoudTour Sepah The Movie. hahaha.

p/s : Harap tak ada siapa yang muntah hijau. hahaha. Dari awal kemunculan blog ini, sudah dinyatakan akan ada entri-entri yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘gedik dan syok sendiri.’ Maaf, itu bukan tujuan aku, aku sekadar mencoret apa yang aku rasa, bukan bertujuan untuk dinilai sesiapa.
Sekian. Haha.

Friday, 9 November 2012

Video Jep : Malam ini...

Assalammualaikum Jeppers!
Jep akan muncul beri kenyataan dalam Galaksi malam ni. sama-sama kita tonton!




apapun, sebagai Jeppers, kita dah tau kebenarannya kan?

jadi jangan cepat melatah dengan semua propaganda media ni ya. teruskan menyokong Jep!

p/s : buat yg tak tahu cerita, nnti saya tepekkan cerita tu. hehe

Thursday, 8 November 2012

Kata Hati Untuk Nadzri : Kisah Aku dan Dia

Assalammualaikum Jeppers!

jep mesej saya cakap, jangan rindu dia sgt. haha!

mari bercerita tentang aku. ok tak ada siapa nak tahu tentang aku kan? haha. baik, ini cerita tentang aku dan dia. dan bagaimana aku menjadi seorang jeppers.

tersebutlah kisah,  Sejujurnya, aku mula kenal Jep dan kumpulan Sepah, masa Maharaja Lawak. sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah kenal siapa Sepah, dan tak pernah peduli siapa mereka, apatah lagi kenal siapa itu pemilik nama Jep. aku sungguh tak kenal.

aku ingat lagi, episod pertama yang aku tonton dalam ML adalah episod di mana kumpulan Sepah buat lawak tentang rewang. masa tu, first impression aku adalah...
erk. poyonya muka mamat ni. haha, tengok muka pun lawak.
 kemudian dengar pulak suara Jep, dicampur dengan wajah selenga dia tu, memang aku langsung tak minat. tapi tapi... tapi...

makin lama ikut ML, kumpulan Sepah kian terkesan di hati aku. smpai tengah pertandingan, terus aku sokong Sepah terus, walaupun pada mulanya, niat aku tengok ML sbb nak tengok Jozan. mulalah aku tengok balik semua persembahan Sepah. masa tu, aku masih tak sedar apa-apa lagi, tapi setiap kali tengok persembahan Sepah, karakter Jep paling aku ingat time tu.

kemudian, bila Sepah dinobat sebagai Maharaja Lawak, aku rasa akulah orang paling gembira. ya, masa tu aku sokong Sepah dan bukan Jep semata-mata. aku masih kabur siapa itu Jep dan aku masih tidak peduli pasal dia. 

aku masih terus ikuti perkembangan Sepah sampailah sepah berpecah. lepastu, aku masih sokong sepahtu. setiap cerita Sepah dan Sepahtu akan aku tonton. dan bermulalah...

bila aku start tengok Karoot Komedia... 

entah kenapa, aku rasa watak Jep sgt menonjol dalam cerita tu di mata aku. dan bila tengok cerita Karoot Komedia X pulak, aku rasa macam terus dah jatuh minat, tapi aku masih nafikan lagi minat aku pada Jep.

ya aku sendiri tak percaya. sebab apa? aku selalunya akan minat artis-artis kacak seperti Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz. bila hati aku rasa macam minat Jep, aku masih in denial. aku tak nak mengaku.

sampailah satu saat...

bila Jep dituduh besar kepala oleh satu media. masa tu, aku rasa macam marah sgt. mati-mati aku tak percaya dengan berita tu. aku bengang dengan wartawan yang buat cerita tu, sebab aku yakin sgt, cerita tu TIPU!

kemudian baru aku tersedar, kenapa aku bermatian menyangkal dakwaan itu? kenapa bersungguh benar aku tak percaya yang Jep besar kepala? kenapa aku concern tentang Jep?

dan kemudian hati aku berbisik...

AKU DAH MINAT JEP! alamak!


haahahaaha. dari situlah aku akhirnya sedar, dah lama aku minat Jep, cuma aku suka menafikan, sebab aku sendiri pelik kenapa aku boleh minat dia. namun setelah kenali dia dan keperibadian dia dari cerita2 kawan, aku rasa minat aku ni dah tak boleh dibendung.

JEP tidaklah kacak tapi dia manis, tak lokek tersenyum. Dia sangat menghormati wanita, nilai kemelayuan dia tinggi, kira macam jejaka idaman malaya la. hahaa. sgt manja, kire anak emak dan ayah laaa... ah macam-macam lagi la peribadi Jep yg indah di mata aku. aku risau kalau aku ceritakan semuanya, satu dunia akan minat pada Jep jugak. hahaaaa.

tak, aku tak kedekut Jep. malah, kalau boleh aku nak tengok Jep naik setanding dengan Johan dan Zizan sebab dia layak berada di atas tu. 

aku pula? hanya sekadar peminat biasa yang entah bila akan dapat jumpa dia... aku di sini, di utara sedangkan dia nun di selatan. tak apalah, dengan siapapun dia, aku harap dia bahagia. malah kalau dia sudah berkahwin nanti pun, aku masih akan minat dia dan doakan dia selalu. 

aku harap sgt, insan sebaik dia akan dapat seorang wanita yang takkan lukakan hati dia lagi dan hargai dia sebaiknya. awak bertuah kalau dapat Jep okay!

wah kau! apa jiwang2 ni. choiii!

buat adik-adik peminat Jep @ Jeppers. ok akak (ehem, akak dah 26, haruslah bahasakan diri akak. keh3) nak berpesan sikit.

tak salah nak meminati artis tu, tapi harap2 janganlah sampai mengganggu hidup dia ya. selama akak hidup atas dunia ini, ini baru pertama kali akak rasa akak serius minat artis, siap berfanclub bagai. kalau ikutkan dgn umur akak ni, patutnya fikir psl kahwin  (kawan2 ramai dah kawen n ada anak) tapi angkara Jep, akak terjebak. kah3. akak tak salahkan dia. cuma itulah akak nak pesan. hormatlah dia dengan sewajarnya ya.
Jep pun manusia biasa macam kita jugak yang adakalanya perlukan privasi. jangan kita ganggu hidup dia sampai dia rasa rimas. sedalam mana pun adik-adik suka dia, jangan sampai rendahkan maruah kita. memujuk rayu mengharapkan cinta dia yang entah bisa kita dapat atau tidak. dalam apa jua kita buat, bersederhana itu adalah yg terbaik. wah ayat motivasi pulak!
Ok itu saja ceh itu saja konon, padahal panjang kemain dari akak. sampai jumpa lagi.

tata jeppers!

Wednesday, 7 November 2012

Video : Seandainya- Akim (OST Sepah The Movie)

Assalammualaikum Jeppers!

Ke manaku menghilang? tidak ke mana-mana. wah perasan gila, macam la ada yang mencari kau, kalau cari Jep itu, aku percaya. haha.

apapun, mari kudendangkan lagu nan syahdu ini. wah gitu.


Oh Jep, kenapa dikau menangis?? sobs.. sedih tengok.

jadi pesanan saya pada encik Jep, tak payahlah dikejar Cik Ayu tu, saya kan ada... hahahaahah! 

p/s : Meh ramai-ramai pakat tengok Sepah The Movie nanti, 29 Nov 2012 di pawagam berhampiran anda!

Monday, 5 November 2012

Pengumuman : Buat Jeppers dan yang bukan Jeppers pun boleh baca. tak ada masalah. haha.

Assalammualaikum Jeppers!



tiada ku sangka sejak detik itu kau menjadi.. eh lagu apa pulak yang aku nyanyi ni? ok tiba-tiba saja blog ini sudah tidak menjadi rahsia. choi choi choi!

tak apalah, saya sangat alukan kedatangan semua. cuma ehem ehem. tuan tanah nak pesan. keh3. harap maaf kalau terdapat kegedikan sekali sekala yang tertonjol, TER ok. tak sengaja maksudnya. haha.

maka dengan ini, blog ini akan menjadi medium kepada semua yang belum kenal Jep, yang baru nak kenal, yang baru nak suka, yang dah lama suka.. dalam erti katanya, semualah yang berkaitan dengan Jep. walhal yang tak suka Jep pun boleh baca. tak apa, jangan gaduh, kita bincang. ^_^

saya akan muatkan segala yang melingkari hidup Jep pada masa sekarang, masa akan datang, juga masa lalu bagi kita sama-sama mengenali insan bernama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini ya!

Salam sayang,

Aku_Jeppers

p/s : maaf kalau dalam satu hari ada banyak entri, sbb rasa macam banyak nak cerita. lepas ni saya slow downkan momentum. hehe

Pengumuman : Jadual RoadTour Sepah The Movie

Assalammualaikum Jeppers!

Buat yang tidak tahu jadual RoadTour Sepah The Movie, ini jadualnya.


Terima kasih pada fanpage We Love Sepahtu atas jadual ini. heee. ^_^

jom pakatlah serbu ya. jangan malu-malu jangan segan-segan, ini semua cobaan eh mari meriahkan suasana ewah!

Aktiviti Jep : Event Sepah The Movie di Dataran Pahlawan, Melaka

Assalammualaikum Jeppers!

jangan buang masa. yok cuci mata. chewah!

sahabat selamanya!
untunglaaa makcikkk. T_T
adik baru balik sekolah pun dtg. haha






ya dia kidal. saya pun org tak tanya
dahaga sgt dah tuu

Meriah sgt nampak! bagi mereka yang berdekatan dengan siri RoadTour ni, marilah pakat turun ramai-ramai. kang menangis tak berlagu, nyesal tak turun, tak dapat jumpa Jep, jangan salahkan saya. :p ok ini nasihat untuk diri sendiri jugak ni, sbb masih tak confirm dpt turun. tapi bila tengok gambo2 ni, rasa macam mendidih rasa nak pergi. haha.

ok gmbo last, buat tatapan semua. mari nangis sama-sama sebab tak cuba tolong temankan Jep balik. ahahah!

tggu jep! saya dtg temankan. eh tunggu laaaa! T__T
gambar-gambar adalah dari page We Love Sepahtu dan dari akaun peribadi peminat jep.