Assalammualaikum Jeppers..
Ikutkan hati, memang dah tak nak pergi, sebab rasa malas. rasa tak nak libatkan diri dah. rasa macam nak beralah, tapi atas desakan adik yg nak sgt jumpa Shuib, dan juga mungkin ini kali pertama juga kali terakhir dapat jumpa Jep, aku gagahi juga. T___T
Sebelum bergerak, rasa macam serba tak kena. macam ada saja perkara yang menghalang. Tunggu bas pukul 12.30, pukul 2 baru bas datang. ikutkan hati dah patah balik dah. tapi aku tahan je. dah naik, tak ada tempat duduk pulak, berdiri je.
Lepas naik feri, naik bas semula. kena berdiri lagi. fine takpe. tiba-tiba baju terkena chewing gum yang ditempek dkt tepi tingkap. T_T fine xpe.
sampai BJ, dah nampak set event RoadTour, pergi solat Asar dulu. melilau carik surau, jumpe dkt tmpt parking. solat-solat, pastu carik toilet, rupa-rupanya ada surau kt bahagian dalam mall yg lagi baru lagi selesa. fine xpe. dah dekat 10 tahun tak dtg sini kot. ni gigih semata-mata sebab event STM je kot.
Habis solat, pergi event, dapat tempat tengah-tengah, tapi depan kiri kanan bangla mari pulak. sabo je la. gigih dorg ketawa ble Jep buat lawak. ok aku maafkan, walaupun mcm dah penuhkan tempat tu dgn dorg. k fine.
dorang panggil2 naik atas pentas, mestilah aku takkan naik. aku kan pemalu. haha. teringat pulak Zura kena gangnam style, lagi la TIDAK untuk aku. haha. tengok sajelah orang2 naik, tp sekali semua jenis soalan senang2 je. rasa macam menyesal tak naik, tapi scene gangnam style tu masih hantui aku. ok, TAKKAN naik! tahan je diri sendiri.
lepas tu sesi otograf, dengan gigih eh bukan, dengan ganasnya aku telah berjaya mempertahankan poster yg ditarik kiri dan kanan. aku berjaya dptkan poster besar tu! wuhuu! dengan gigihnya beratur nak disain. tak sampai 10 minit, semua cast bangun dr meja. sabar lg. ok ade interview pulak, jap lg smbung kot.
ok hampeh tak sambung dah. dah la tak ada pengumuman langsung kata dah habis sesi tu. kami masih terpacak kt situ sepuluh minit. k fine. tak dapat sain Jep, tak dapat bergambo dgn Jep. T______T
nampak semua cast naik kereta semula. pergi dekat kereta, tunggu kereta jalan. sebab frust, jadi sekadar nak ucap selamat tinggal. tunggu lagi sepuluh minit, kereta tak gerak-gerak.
adik aku tulis dalam buku, I Love U Shuib, tepek dekat cermin kereta. Shuib lambai dekat dia, bukak tingkap then sain buku dia. T__T sumpah aku jeles. dan mungkin Jep ingt aku ini si kakak yg temankan adik yg minat Shuib. k fine. nampak Jep dlm kereta tapi dia sedang lap-lap muka dengan tisu dan duduk di sebelah sana. tak boleh buat apa.
ikut hati, mahu je aku rempuh halangan dan ketuk cermin sebelah sana. tp aku bukannya gedik sgt smpai nak buat begitu. imej kena jaga beb. haha! entah Jep sedar atau tak, aku dan adik terpacak di situ. T__T
lepas beberapa minit, org semua dah ilang, cast semua turun, tapi aku tak mampu buat apa sebab byk sekuriti. tengok je dorg naik ke BJ Kompleks. nak pergi makan kot. ok aku bukan paparazi mahupun gigih sgt nak mengejar sampai begitu. maka kulihat saja Jep dan yang lain pergi tanpa sempat berbuat apa.
Lagipun sudah hendak Maghrib waktu itu. biarlah kukejar saja cinta Allah, dari kukejar cinta manusia. wah gitu, sempat buat pesanan. haha.
akhirnya balik dengan rasa kecewa yang berbuku. berlawanan dengan adik aku yg berjaya dapatkan sain Shuib. dia gembira, aku tak.
apa yang aku kecewa, bukannya selalu akan ada event sebegini di Penang, patutnya sesi TT dan bergambar tu patut lebih lama. T_________T
aku kecewa.
dah dekat tapi tak bisa digapai |
tapi tak apalah, disebalik kekecewaan, kesedihan aku ni, sekurang-kurangnya aku gembira sebab akhirnya aku dapat jumpa dia. selama ni aku fikir, mungkin takkan ada langsung peluang aku untuk jumpa dia.
ya aku dah cukup gembira. terima kasih Jep.
p/s : baru dpt tau kemungkinan di sebalik punca sesi TT disingkatkan. T___T kesian kamooo.. moga cepat sembuh!
p/s lagi : InsyaAllah nanti akak letak gmbo2 time event tu, sekarang malas lg. haha!
sabar akak.. bnyak betul dugaan akak..jep xsehat ari tu mase kat bukuit raja dye xsehat tp gagah kan diri jugak..mungkin ari tu dye betul2 xlarat.. nnty mesty akak dapat bergambar dgn dye jugak satu ari nnty..insyaallah.. :)
ReplyDelete