Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Saturday, 3 November 2012

Kata Hati Untuk Nadzri : Terima Kasih Jep

AWAS! entry ini mungkin mengandungi kata-kata syok sendiri yang akan menjelikkan sesetengah manusia. sila jangan muntah hijau. haha! kalau anda terview blog inilah kan. haha.


AKU TAK TAHU!

ok apa yang aku tak tahu? aku serius tak tahu macam mana aku boleh jadi gila dekat Jep ni!!! aduh.

semalam sekali lagi aku mimpi Jep. detail dia aku tak ingat, tapi aku rasa dia macam tumpang kampung aku. kemudian ada mcm2 la jadi. aku tengok dia dari jauh je, senyum2 camtu.

bila aku ada peluang nak cakap dengan dia, dia tidur sebab penat shooting kot. tidur atas sofa ye, comel! aduh gilaa...

paling aku ingat, Jep dah nak balik, naik bas. aku pun ada dalam bas tu, entah la sebab apa. haha. aku ade dengan member aku. tiba-tiba Jep senyum, shuib pun ada dok kuis-kuis Jep, suruh pergi.

Jep dtg dekat aku, tapi aku rasa dia mcm bukan cari aku pun. aku pun pandang depan jela tak tengok dia dah. sekali dia cakap.

"Sudi tak awak jadi isteri saya?"

air mata aku laju turun. ya Allah, sebak gila rasa...

"Be.. Betul ke ni?" aku sungguh tak percaya time tu.

"Tak la. saya nk jodohkan awak dengan Fatehah."

Pap! aku tumbuk belakang dia. geram, boleh main-main lagi. dia sengih.

"Betul la. awak sudi tak?"

aku diam, lap air mata.

"InsyaAllah..."

Kemudian aku terjaga. ya Allah, bangun-bangun senyum sampai pipi tapi dalam hati rasa sebak pun ada. kalaulah realiti jadi macam ni pun, aku rasa aku akan menangis.

ya Allah, ella! kau ni dah kenapa?
angau dekat artis pulak?

bukan salah aku. salahkan Jep. T________T

ok, dalam usia 26 tahun, baru aku tiba-tiba menjadi seorang peminat artis secara serius.
pada umur 26 tahun baru aku jadi fanatik,.
pada umur 26 tahun baru aku gigih berfanclub bagai.
pada umur 26 tahun, aku kena bersaing dengan budak-budak remaja baru kenal erti meminati artis.
pada umur 26 tahun, aku boleh jadi gila dekat artis.

semuanya sebab Jep!

awak bersalah! sila tebus balik kesalahan awak tu. hahaha. ok berangan je la.

tak apalah, sekurang-kurangnnya meminati Jep dari jauh, buatkan aku lupa pada cinta yang sakit pada masa lalu.

sekurang-kurangnya aku minat Jep, buat aku tidak mengharapkan apa-apa balasan cinta dari dia.

sekurang-kurangnya aku minat Jep, buatkan aku ceria menghadapi hidup mendatang.

Terima kasih Jep.

T____T sobs. (lap air mata)

1 comment:

  1. suka entry nih.. :)
    betol jep boleh bt kita lupa suma masalah2 dunia..

    ReplyDelete