Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Wednesday, 26 February 2014

Tak Larat.

Assalammualaikum semua.

Lama gila menyepi sampaikan Sepahtu menang MLM dan Jep menang Pelakon Lelaki Drama TV Meletop pun gua buat derk je. HAHAHA.

Bukan, bukan dah tak minat. cuma dah tak larat. Tak larat nak mengejar dia di atas sedangkan aku yang kat bawah ni terkapai-kapai cuba nak memanjat tapi sampai sekarang hanya ada di bawah, melambai dia yang langsung tak memandang.

Wah hiperbola sgt penerangan tu. HAHAAH.



Apapun, Jep yg dulu bukanlah yang sekarang.

Dulu tak ada siapa nak pandang, sekarang beribu yang mendatang,
Dulu mamat selenga, sekarang smart gila,
Dulu dia di bawah, sekarang dah di atas dah :p

apapun aku hanya mampu doakan dia dari jauh untuk kejayaan dia dalam apa jua yang dilakukan. aminnn.

Berbalik pada statement di atas. Sungguh, tak larat.

sebab tu perlahan, aku makin slow down, makin tak tunjuk kegilaan aku dekat dia dalam mana-mana media sosial (wah ingat kau retis? hahah)

apapun, aku memang patut berundur. maksud aku undur dari tonjolkan minat aku dekat dia, bukan berundur dr minat dia. paham tak maksud aku. berbeza tahu tak? haha.

aku kadang-kadang takut, bila tengok kegilaan orang dekat dia sampai tahap tak boleh nak bendung. kalau tahap-tahap wajib kahwin tak apalah, ini adik-adik tahap sekolah, SPM pun belum ambil, sudah memahat hati untuk abang Nadzri. pandai ya kau dik, chop awal ya. nak suruh Jep tunggu kamu berapa lama lagi? Mungkin 5 tahun lagi ya baru boleh kahwin? tak apalah, akak paham. kalau jodoh tak kemana. kan?

cuma, walaupun aku tak tahu aku ni layak ke tidak untuk bagi nasihat (Iyalah sebab kadang2 kegilaan aku ni pun macam tak mampu dibendung. HAHAHA) tapi aku rasa aku kena bagi nasihat juga. MUAHAHAHA. at least aku tahu aku dah cuba menasihati dari aku berpeluk tubuh dan geleng kepala saja kerana tak pernah cuba nak nasihat.

 Bagi aku. ehem. eh tukar la. bagi akak...

Nak minat orang tahap gila meroyan sekali pun tak apa dik. tapi jangan sampai orang nampak maruahmu rendah. Paham x?

Jep, jom kita kahwin.
Jep, i love you. saranghae oppa. (xpaham motif korea di sini. aku cuma bisa panggil Kang Gary oppa muahahaah)
Oh my bf, jgn nakal2. kiss skit ( ok meremang pulak tulis ni)

akak tahu ramai menggunakan konsep, AKU PEDULI HAPE? ADA AKU KISAH? ini memang diri aku, buat apa nak hipokrit.

Oh sayang, bukan hipokrit namanya kalau cuba menjaga maruah diri. akak tahu sayang-sayang semua sayang pada Jep, tapi tidak bolehkah kawal perasaanmu itu agar kau tidak digelar gedik dan tiada maruah?

Akak tahu kelemahan perempuan adalah terlalu mengikut perasaan. tapi kalau perasaan itu dipandu akal dan iman, maka insyaAllah perasaan itu bisa dikawal.

Jangan sampai bila Jep kahwin nanti, kau orang frust menonggeng tak keluar bilik 3 bulan, bantal basah lencun dek air mata ya. akak tak mahu begitu.

Minat boleh, sayang boleh. tapi biar berpada.

Rasa nak kahwin dengan Jep? Rasa mcm ada jodoh dengan Jep? percayalah dik, 201K orang follower tolak follower lelaki yang follow Jep di Instagram berperasaan begitu juga.

Jadi cool down. Cuba tampar muka dan cakap.

"Aku kena hidup dalam realiti. tapi kalau aku nak Jep, aku kena doa banyak-banyak. kalau dapat Jep, aku wanita bertuah, Alhamdulillah, tapi kalau bukan jodoh aku, aku kena redha dan pasghah."

Nampak tak, motif cakap gini. akak dah hipnotis pemikiran adik-adik semua. HAHAHA.

tak salah nak suka, tapi biar berpada. Ingat tu.

Kadang-kadang orang tegur bukan sebab dengki, cemburu, menyampah, tapi orang tegur sebab orang sayang, dan memang apa yang kau buat tak betul.

Bersyukurlah ada yang sudi tegur dan nak jaga maruahmu.

tapi kalau tak paham bahasa jugak, mungkin patut pindah ke Korea.

Lahaii, matilah nakkkk..

p/s : sekali up entry, membebel terus aku. ambik!



Video Jep

Loading...