Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Wednesday 9 April 2014

Selamat Hari Lahir, Jep :')

Assalammualaikum.


Beberapa bulan yang lalu, mungkin tarikh hari ini sangat-sangat aku nanti. Tapi kini, semuanya tak membawa erti lagi.

Bukan. bukan aku sudah tidak minat. sama sekali tidak. aku masih seperti dulu, memuja dia dari kejauhan. tapi mungkin kerana luka dalam hati yg masih enggan sembuh buatkan aku lebih rela mendiamkan diri, dan jauhkan hati aku dari dia.

cukuplah. mungkin selama ini aku terlalu meletakkan harapan tinggi (maksud aku di sini, bukan harapan utk sebuah cinta ya :p) tapi pabila dia bukanlah seperti apa yang aku impikan, aku jadi kecewa. maafkan aku, dia tak bersalah. aku yang bersalah.

mungkin ada baiknya, aku jadi seperti dulu. insan yang hanya minat dia kerana lawaknya, bukan ambil tahu tentang segala hal peribadinya dan setiap gerak gerinya. mungkin sekarang masa yang sesuai untuk aku jadi normal seperti dulu.

maafkan aku sebab tak mampu nak suka dia macam dulu. aku bukan membenci, cuma aku terluka. luka kerana apa? biar aku dan Allah saja yang tahu. cukuplah itu saja mampu aku cakap.

buat teman-teman sekalian, teruskan meminati dan menyukai dia kerana dirinya. terimalah dia seadanya dia. jgn meletak harapan tinggi yang dia itu seperti apa yang kau impi kerana pabila dia bukan begitu, kau yg akan kecewa, jatuh hingga xmampu bangun lagi. aku sudah merasainya, harap kalian tidak jadi sebegitu.

dia insan yang baik, tulus ikhlas aku cakap. gosip yang menyatakan dia berkasar dengan peminat itu sama sekali tidak benar kerana aku tahu sangat layanannya bagaimana. dia tidak sebodoh itu hendak memaki peminat terang-terangan. itu saja yang mampu aku terangkan.

dia anak yang baik, kawan yang baik, insan yang baik, hamba Allah yang baik. jadi sentiasa doakan untuk dia menjadi yang lebih baik malah yang terbaik ya.

Maafkan aku,

mungkin buat masa ini, aku memerlukan masa untuk bertenang. terasing dari ambil tahu tentang dia. tapi mana tahu, suatu hari nanti aku kembali menggila. siapa tahu kan? ^_^


Buat Jep, 
Selamat Hari Lahir. Semoga Jep sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia dunia akhirat. Saya harap Jep dilimpahi rezeki selalu, dipertingkatkan iman, ditambah kebaikan dan dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik dan solehah. :')

Maafkan saya kerana mungkin saya tak mampu jadi peminat yang gila macam dulu. saya hanya akan jadi pemerhati dari jauh, melihat dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Jep. :)

Selamat Hari Lahir yang ke 29, Mohd Nadzri Zainal Abidin. :')

No comments:

Post a Comment