Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Friday 19 September 2014

Buat Peminat dan Pembenci Jep Sepahtu

Assalammualaikum



aku tidak tahu masih adakah peminat Jep Sepahtu yang mengunjungi blog picisan aku ini, tapi kalaulah ada yang tertarik ke sini, terima kasihlah sebab sudi menjenguk. hehe.

sudah lama tak bercakap pasal dia,
tak ada benda pun yang hendak disebut
sebab diri sendiri malas fikir pasal dia
ambil tahu pasal dia

tapi bila ambil tahu,
sendiri yang rasa tak boleh duduk diam
dan hanya memerhati

sungguh industri hiburan ini kejam
tetapi yang lebih kejam adalah peminat sendiri
maafkan kekerasan kata-kataku
tetapi ini kenyataan yang memang sukar kita telan

peminat ada pelbagai ragam,

ada yang memahami
ada yang langsung tak mengerti
dan bila tidak dapat apa yang mereka impi
mereka mula membenci
dan tidak ada ruang lagi dalam hati

aku tak kenal jep
maksud aku, aku tak kenal dia luar dalam depan belakang
aku pernah jumpa dia sekali saja
dan kenali diri dia dari kawan-kawan

aku tak menyokong membuta tuli
tapi aku sekadar cakap apa yang lahir dari hati

jep yang aku faham (walau mungkin bukan yang sebenarnya)
hanya seorang lelaki yang muncul dalam industri
kerana niat untuk membantu mengubah hidup keluarga
dalam hidup jep hanya ada keluarga dia
mak abah dia no 1 dalam hati dia

dia tidak gilakan perhatian
tak gilakan dunia glamor ni
sebab kalau benar itu yang dia mahu
pasti semua peluang dia akan sapu
tapi jep bukan begitu

orang cakap dia tak ada job sebab kena pulau
tapi hakikatnya dia sendiri tolak kerana menerima tawaran sekadar yang dia mampu
n cukup untuk kehidupan dia dan untuk keluarga dia.

macam yang aku cakap, keluarga adalah no 1 bagi jep.

jep tak layan peminat?
ada satu hakikat yang korang kena terima

JEP ITU MANUSIA

dia ada angin, ada mood yang kadangkala dia tak boleh kawal dan terpamer depan orang.
bila dia rasa tak selesa nak layan peminat, dia akan jauhkan diri.
 tapi bila dia gembira, dialah manusia paling menghiburkan dan paling mudah mesra.

Dia artis, sepatutnya kena pandai layan peminat dan tak tunjuk perangai?

macam fakta yang aku cakap tadi,
 jep tu manusia.
dan fakta kedua,
jep masuk dalam industri sekadar untuk mencari rezeki bukan utk jadi glamor.

maka normallah dia yang masih menganggap dia itu manusia biasa dan bukannya orang yang dikenali, tidak pandai mengawal mood dan perasaannya macam mana yang korang harapkan.

jep (yang aku faham sendiri) masih berasa yang dia adalah insan biasa yang sekadar bekerja untuk cari duit demi keluarga dan bukannya artis yang punya jutaan peminat.

maaf, mungkin berkali-kali orang akan cakap aku ini pengampu jep. cakaplah apa saja yang korang mahu. kalau aku nak ampu, aku tak tulis dlm blog yang tak mungkin jep baca ni, baik aku tag saja dia di instagram dan canang pada satu dunia.

inilah yang aku rasa dan percaya
apa yang korang mahu rasa, terpulanglah

mahu bencikan dia, tiada siapa menghalang
mahu minati dia, silakan
tapi satu saja aku minta
fahami dia

dan jangan benci dia hanya kerana cakap-cakap orang
atau pengalaman pahit yang korang penah alami bersama dia

minat dia kerana bakatnya
dan bukannya mengharap sesuatu yang dia sendiri tak mampu nak bagi.

aku?
masih minat macam dulu
cuma aku juga sudah belajar
untuk tidak mengharap jep menjadi seperti apa yang aku mahu
tapi menerima dia seadanya dia

^-^

No comments:

Post a Comment