Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Saturday 27 September 2014

Tahniah Jep Sepahtu menang Pelawak Lelaki Popular ALW2014!

Salam semua,

mungkin dah terlambat untuk aku ucapkan tapi tak ada salahnya untuk aku ucapkan kan?

tahniah buat Jep Sepahtu kerana sekali lagi mengungguli
Pelawak Lelaki Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2014

*tepuk sambil standing ovation sambil angkat2 kening

Tak ada apa yang perlu aku perkatakan lagi kerana dia memang layak tapi macam biasa, Jep yang aku tahu memang akan sentiasa merendah diri.

"Tanpa sebarang program pun saya boleh menang, agak bingung di situ."

lebih kurang begitulah kata-katanya. sungguh peminat dia sangat amaizing tapi dia sendiri pun amaizinggg kerana itu mereka-mereka ini menjadi amaizinggg.

tapi, bukan itu yang aku ingin perkatakan di sini. tapi senyumannya.

SENYUMAN?

ya senyuman. tak payah nak buat muka macam tak dengar lagi.

Apa kena dengan senyuman dia?

Entahlah. lihat saja gambar ini,



dan banding dengan gambar ini saat dia menang tahun lepas,



lain bukan?

senyuman yang di bawah nampak jelas terpancar kegembiraannya dan terharu dengan kejayaan itu sedangkan yang di atas, nampak macam dia terbeban, nampak letih dan kurang bersemangat.

Mungkin aku saja yang terlebih berfikir sedangkan Jep gelak-gelak baca ulasan aku ini.

tapi memang aku perasan sejak akhir-akhir ini Jep seperti ada beban di dalam fikirannya, badannya susut, wajahnya sukar melorek sengih seperti dulu.

maaf kalau aku salah tapi ini yang aku rasa.


maaf kaklong Ladyzyla kerana aku curi gambar ini hehe. ampun kak!
apapun yang jep rasakan, aku harap dia baik-baik saja.

Ingat selalu niat asal untuk berada dalam industri ini, 
jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yang lain.

semoga terhindar dari segala fitnah dunia 
dan sentiasa dalam rahmat Allah.

p/s : Pasal gosip jep dengan seorang artis wanita atau mana-mana wanitalah, aku tak tahu dan tak ambil tahu. biarlah asalkan dia bahagia, kalau boleh lagi cepat naik pelamin lagi bagus, cuma aku harap kalau benar,harap jep jagalah batas sebaiknya dan bimbing dia seadanya. semoga Allah redha. 

No comments:

Post a Comment