Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Thursday 30 October 2014

Ini Entry Panjang Lebar pasal Jep, Cinta Hatinya dan Sepahtu MLM2014

Assalammualaikum semua!

maaf aku rasa si dia comel dengan bunga besar ni. itu saja alasan. hehe. tp senyuman jep nampak bahagia kan? cepat mengaku! ;')

Umum dah tahu pasal hal Jep yang satu ini.
macam yang aku pernah cakap dalam entry lepas,
aku masih mengharapkan kalian boleh menerima dia seadanya dia.

aku tahu ramai benar yang terkejut dan tak boleh terima dengan perkhabaran ini.
walaupun jep sekadar berkias dan tidak mengakui yang mereka bercinta
tetapi alasan stereotaip artis macam kami masih mengenali hati budi, dia perempuan paling rapat dengan saya...
itu semua sudah ada dalam kocek peminat sebagai alasan untuk menutup sebuah percintaan.

apa yang org lain mungkin tak tahu,
sebenarnya jep sudah lama mengenali si dia dari zaman jep dengan sepah lagi,
jadi kenapa kalian nak menunding kepada si dia sebagai mengejar jep sebab jep hensem atau jep dah kaya?
siapa kita nak menilai hati budi gadis ini hanya dari perwatakannya.

aku tahu ramai kecewa yang teramat, bukan sebab mereka berharap jep akan pilih mereka sebab mereka ada simpan hati kepada jep.
ramai yang sedar diri dan sekadar minat sahaja.
tapi ramai yang benar-benar kecewa kerana pilihan jep itu sendiri.

ya aku tahu,
ramai mengharapkan jep memilih GADIS BERTUDUNG.

persoalannya kenapa?

kerana personaliti yg jep tunjukkan sendiri, menunjukkan ciri-ciri ke arah seorang lelaki yang akan memilih gadis sopan bertudung dan low profile.

ya semua orang rasa begitu, jep. aku sekadar berkata jujur.

tetapiiii

macam banyak kali aku sebut

jep itu manusia biasa, yang punya hati nurani.
dia ada kemahuan dan kehendak yang kadangkala dia sendiri tidak mengerti

kalau taste dia gadis ini, hendak buat macam mana lagi?

kita doakan saja yang terbaik

kita bertudung pun belum tentu baik, tapi bagi aku yang baik itu pasti bertudung. kan kan?

bukan nak cakap gadis jep ini tidak baik,
dia baik tapi belum cukup terbaik.

macam mana nak jadi terbaik?
biar jadi baik di sisi Tuhan, ikut segala perintah Dia, tinggalkan larangan Dia.

wah bajet ustazah pula aku,
padahal berbicara soal retis di sini.
maaf, aku juga khilaf tapi tak salah saling mengingatkan. kan?

buat kalian pula,

cuba ingat perkara pertama kenapa kau orang minat Jep?

kerana rupanya atau kerana lawaknya?

kalau kerana rupanya, boleh pergi main jauh-jauh dan frust menonggeng sekarang. lepas tu cari pulak artis lain yang masih single n available. proses ni berterusan setiap kali retis kau ada buah hati. pfft.


tapi kalau kau orang mula minat dia kerana lawaknya,
maka teruskanlah menyokong karier lawaknya,
adakah kerana kau orang patah hati,
punchline dia yang paling lawak, kau tetap rasa hambar?
kalau begitu, pergilah mandi air tujuh kolah masjid buat penenang jiwa semula. kih3

aku, walaupun ada ketikanya aku masih terasa sedih kerana jep bukan seperti apa yang aku harapkan,
tapi bila aku tonton lawaknya, aku masih bisa ketawa.
kerana itu aku mencuba untuk terima dia seadanya dia dan tak harapkan dia jadi macam apa yang aku nak lagi.
dengan itu, aku mampu enjoy lawak2 dia dengan lebih tenang tanpa sebarang kesakitan.

ya, nampak macam aku pandai saja cakap,
tapi kau orang tak tahu apa yang pernah aku lalui untuk jadi seredha ini,
untuk terima yang jep itu hanya manusia biasa, bukannya lelaki yang hidup dalam angan-angan aku.
aku boleh survive dari kecewa ni,
kenapa tidak kalian?

nak redha?

doakan yang baik-baik saja untuk dia
jodoh yang baik-baik,
menuju ke arah jalan yang baik-baik,
dan menjadi orang baik-baik.

walau siapapun jodoh dia, kita tetap sokong,
tetapi mengharapkan mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah.
boleh kan?

aku tahu semua sayang jep.

pasti boleh!

oklah, panjang lebar aku mengomel, bukan ada siapa yang baca pun. haha.

maka aku akhiri dengan, marilah kita menyokong sepahtu dalam MLM2014 nanti pula!

kenapa mesti berdiri tegak secara tarik nafas tanpa lepas tu jep? punchline kau bukan-bukan doee


ya, sepahtu bergabung dengan pakcik ilya kali ni.

rasa pelik?

siap ada request suruh bergabung dengan rahim balik padahal dulu kau yang kata rahim tak serasi dengan sepahtu? apa lagi yang kau mahu? hahahaa.

ya tahu, tapi kalau kau orang tengok sepahtu kepok bonda,
pasti kau orang perasan keserasian dia orang.
aku rasa InsyaAllah gabungan ini bisa menjadi,
kalau dia orang kembalikan lawak2 kemelayuan, lawak2 kampung dan kekeluargaan macam zaman Sepah dulu.

aku harap Sepahtu akan berjaya. All the best!

ok dah! penat ok menaip.

haha.

1 comment: