Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^
Showing posts with label Aktiviti Jep. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Jep. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Aku, MLM2013, Jep, dan Kenangan Terindah

Asalammualaikum semua!

Wah tajuk kemain macam sesuatuuu sgt.

Malam ni MLM2013 minggu 6 kan? All the best untuk semua peserta terutamanya buat Sepahtu. Saya harapkan kalian mampu menyerlah malam ni setelah beberapa minggu dikritik dengan hebat.

wah skema benar ayatku. hahaha.

Sebab malam ni MLM2013, otomatik teringat peristiwa seminggu yang lalu. dush3. hahahaah.

apa yang jadi seminggu yang lalu?

jeng jeng jeng...

hahaahaha.

minggu lepas, saya salah seorang yang hadir di Stadium MBSA, Shah Alam untuk menyaksikan MLM2013 secara live depan mata. memang kenangan terindah yang takkan saya lupa. first time tengok kan? hahaha. rasa macam nak terjun loji bagi sedar diri balik yang ini semua bukan mimpi.


Eh kenapa terover pula kau padahal tengok MLM saja? ah biarlah dekat aku! ahahaa. kemain marah diri sendiri.

tengok MLM2013 pun saya dah cukup happy dah. dah rasa macam dream came true sgt, tapi Allah bg saya rezeki yang lebih dari itu. Alhamdulillah.

ok kemain nak bg saspen cakap belit-belit kan? sekali sembelit semua orang yg baca entry ni. hahaha. ok ok straight to the point. tengok ajelah gambar bawah ni.


 dah tak payah perasan, tu senyuman kemam bibir tu untuk saya sahaja. hahaha. gila riak. kah3.

dah cukupla kan gmbo tu menjelaskan segalanya. hahaha.

tak paham jugak? -_________-"

ok saya jumpa Jep. titik. kbai

hahha macam mana, dekat mana, bagaimana, kenapa, semua soalan macam nak buat karangan tu saya tak mampu nak jawab atas faktor keselamatan Jep. wah kau tetibe prihatin kt Jep. hahaha.

apapun yang pasti, saya jumpa dia lepas MLM2013 dkt kedai makan. dah itu je info boleh bagi. HAHAHAH.

gambo berdua? kang ramai muntah hijau, termasuklah yang migrain tengok kan? haahha.






Nah ambik gmbo sipi-sipi ni sudah. tak payah lebih-lebih. lagipun semua nak tengok jep, bukan saya. hahaha. kan kan. last but not least, tolong jangan jeles. tolong jangan jeles. tolong jangan jeles.

saya dapat peluang ni mungkin sekali seumur hidup saja jadi tolong gembira untuk saya dan saya doakan Jeppers sekalian jua akan dapat ketemu dia nnti jika anda tak pernah jumpa lagi.

yang dah byk kali jumpa tu, duduk diam-diam ok. HAHAHAHA

ok itu saja.

All the best buat Jep n Sepahtu untuk malam ni. lakukan yang terbaik bukan saja untuk diri kalian tapi juga pada peminat yang menyokong. Jangan sia-siakan sokongan mereka, dan buktikan mereka tidak salah meminati kalian. chewah setiap kali nak bg ucapan je jadi skema. mcm Jep je, macam Jep je. hahaha.

Ok tata.



Saturday, 23 November 2013

Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum.

Aucakk! terkejut tak? terkejut tak? hahaha. pening rrrr. tetibe.

Tetibe sangat buat kemunculan kan?

Baru sekarang ada masa, itupun lepas ditegur seseorang pasal blog yang bersawang, dan Alhamdulillah kekangan sebelum ni dianggap dah ok, bolehlah saya update blog semula. tapi tak adalah kerap, mungkin seminggu sekali, mungkin sebulan sekali, mungkin juga bersawang kembali. HAHAHA.

Ok back to the main topik. wah kemain cakap omputih.

MAHARAJA LAWAK MEGA kini kembali dan yang bestnya tentulah kemunculan semula SEPAHTU.

ya Sepahtu! Yayyy!

dan kali ini Sepahtu bergabung dengan Rahim R2 maka sebab R2 pun ada 'TU'  maka tak payah la nak ubah nama Sepahtu dah kan? ok pandai-pandai je buat andaian. hhaahaha.

Pendapat saya?

memang MANTOPP!

minggu 1st dah lawak terkekeh-kekeh dengan tok ketua yang hilang bulu ayam tu.



minggu kedua, semalam punya episod pulak tergolek-golek dah, cumanya mungkin tak cukup masa jadi part last tu agak hilang fokus hahaha..


mungkin lepas ni saya gelakberguling pula. haih! memang hebat sgt gabungan Sepahtu ni.

cuma tak boleh nak selesa sangat la walaupun Sepahtu ada ramai peminat, sebabnya group lain pun semakin mantop persembahan mereka.


jadi apapun, goodluck pada Jep.

Ehem seronok la tu, Dato Yusuf Haslam cakap dia good looking, handsome.

Eleh Dato, saya lama dah perasan mende tu.

Wakakakaak.


apapun senyuman dia yang ni, sangat comel. alamakkk! larikkk

Okbai!

Tuesday, 18 December 2012

Jep Bersiaran di Sinar Pagi! I Follow!

Assalammualaikum Jeppers!

maaf lama tak bersiaran. sibuk dengan dunia realiti, hingga tak sempat menjengah dunia jeppers. haha.

sekadar nak sampaikan buat sesiapa yang belum tahu.

Jep dan Shahrol Shiro akan berganding dalam Sinar pagi sepanjang minggu ini bagi menggantikan Krill, SY dan KE yg bercuti. maaf dah 2 hari dah dorg bersiaran. kah3. tak sempat nak inform.




bagi yg terlepas, ini ada sedikit sedutan siaran hari Isnin lepas dari salah seorang Jeppers kita. enjoy!

Dan jangan lupa lekat telinga dekat radio sepanjang minggu ni ya.

terima kasih!

Tuesday, 20 November 2012

Event Sepah The Movie RoadTour, Bukit Jambul

Assalammualaikum Jeppers!

Ok marilah layan gambo RoadTour STM dekat BJ Mall ye. akak tempek je mana ada. banyak gmbo lain akak dah buang sebab gegar. tuan punya gmbo nebes tgk Jep smpai bergegar2 gmbo semua. haha!
 
nak membuli, sihat trus!
ni apa hal lak ni?
ni apahal bersenam ats pentas?





maaf gambo tak clear sgt sbb guna kamera phone je. sobs. kan dah cakap, semua yg dirancang tak menjadi, nak guna kamera, skli kakak akak pun nak guna kamera jugak, terpaksalah beralah disebabkan itu milik dia. haha!

ok sesiapa nak ambik gmbo ni, ambikla, tak yah kreditkan dekat akak pun xpe. akak xkisah. wah pemurah kauu! haha!

apapun, dalam serba tak kena masa event ni, akak tetap gembira sbb dapat jumpa Jep. tp nak nangis jugak sebab terlalu gembira, boleh? :p

p/s : buat yang tertanya, ya masa event ni Jep kurang sehat. mungkin ada yang perasan Jep mcm tak selesa sikit, ada masanya dia menyendiri. dia sebenarnya mmg tak sihat, mungkin kepenatan campur dengan demam yang belum kebah. hampir dia nak muntah time tu. mungkin sebab itu sesi TT dan bergambar disingkatkan. harap semua faham dan jangan salahkan Jep ya! ^_________^

Monday, 19 November 2012

Alkisah RoadTour Sepah The Movie, Bukit Jambul

Assalammualaikum Jeppers..

Ikutkan hati, memang dah tak nak pergi, sebab rasa malas. rasa tak nak libatkan diri dah. rasa macam nak beralah, tapi atas desakan adik yg nak sgt jumpa Shuib, dan juga mungkin ini kali pertama juga kali terakhir dapat jumpa Jep, aku gagahi juga. T___T

Sebelum bergerak, rasa macam serba tak kena. macam ada saja perkara yang menghalang. Tunggu bas pukul 12.30, pukul 2 baru bas datang. ikutkan hati dah patah balik dah. tapi aku tahan je. dah naik, tak ada tempat duduk pulak, berdiri je.

Lepas naik feri, naik bas semula. kena berdiri lagi. fine takpe. tiba-tiba baju terkena chewing gum yang ditempek dkt tepi tingkap. T_T fine xpe.

sampai BJ, dah nampak set event RoadTour, pergi solat Asar dulu. melilau carik surau, jumpe dkt tmpt parking. solat-solat, pastu carik toilet, rupa-rupanya ada surau kt bahagian dalam mall yg lagi baru lagi selesa. fine xpe. dah dekat 10 tahun tak dtg sini kot. ni gigih semata-mata sebab event STM je kot.

Habis solat, pergi event, dapat tempat tengah-tengah, tapi depan kiri kanan bangla mari pulak. sabo je la. gigih dorg ketawa ble Jep buat lawak. ok aku maafkan, walaupun mcm dah penuhkan tempat tu dgn dorg. k fine.

dorang panggil2 naik atas pentas, mestilah aku takkan naik. aku kan pemalu. haha. teringat pulak Zura kena gangnam style, lagi la TIDAK untuk aku. haha. tengok sajelah orang2 naik, tp sekali semua jenis soalan senang2 je. rasa macam menyesal tak naik, tapi scene gangnam style tu masih hantui aku. ok, TAKKAN naik! tahan je diri sendiri.

lepas tu sesi otograf, dengan gigih eh bukan, dengan ganasnya aku telah berjaya mempertahankan poster yg ditarik kiri dan kanan. aku berjaya dptkan poster besar tu! wuhuu! dengan gigihnya beratur nak disain. tak sampai 10 minit, semua cast bangun dr meja. sabar lg. ok ade interview pulak, jap lg smbung kot.

ok hampeh tak sambung dah. dah la tak ada pengumuman langsung kata dah habis sesi tu. kami masih terpacak kt situ sepuluh minit. k fine. tak dapat sain Jep, tak dapat bergambo dgn Jep. T______T

nampak semua cast naik kereta semula. pergi dekat kereta, tunggu kereta jalan. sebab frust, jadi sekadar nak ucap selamat tinggal. tunggu lagi sepuluh minit, kereta tak gerak-gerak.

adik aku tulis dalam buku, I Love U Shuib, tepek dekat cermin kereta. Shuib lambai dekat dia, bukak tingkap then sain buku dia. T__T sumpah aku jeles. dan mungkin Jep ingt aku ini si kakak yg temankan adik yg minat Shuib. k fine. nampak Jep dlm kereta tapi dia sedang lap-lap muka dengan tisu dan duduk di sebelah sana. tak boleh buat apa.

ikut hati, mahu je aku rempuh halangan dan ketuk cermin sebelah sana. tp aku bukannya gedik sgt smpai nak buat begitu. imej kena jaga beb. haha! entah Jep sedar atau tak, aku dan adik terpacak di situ. T__T

lepas beberapa minit, org semua dah ilang, cast semua turun, tapi aku tak mampu buat apa sebab byk sekuriti. tengok je dorg naik ke BJ Kompleks. nak pergi makan kot. ok aku bukan paparazi mahupun gigih sgt nak mengejar sampai begitu. maka kulihat saja Jep dan yang lain pergi tanpa sempat berbuat apa.

Lagipun sudah hendak Maghrib waktu itu. biarlah kukejar saja cinta Allah, dari kukejar cinta manusia. wah gitu, sempat buat pesanan. haha.

akhirnya balik dengan rasa kecewa yang berbuku. berlawanan dengan adik aku yg berjaya dapatkan sain Shuib. dia gembira, aku tak.

apa yang aku kecewa, bukannya selalu akan ada event sebegini di Penang, patutnya sesi TT dan bergambar tu patut lebih lama. T_________T

aku kecewa.

dah dekat tapi tak bisa digapai


tapi tak apalah, disebalik kekecewaan, kesedihan aku ni, sekurang-kurangnya aku gembira sebab akhirnya aku dapat jumpa dia. selama ni aku fikir, mungkin takkan ada langsung peluang aku untuk jumpa dia.



ya aku dah cukup gembira. terima kasih Jep.

p/s : baru dpt tau kemungkinan di sebalik punca sesi TT disingkatkan. T___T kesian kamooo.. moga cepat sembuh!

p/s lagi : InsyaAllah nanti akak letak gmbo2 time event tu, sekarang malas lg. haha!

Monday, 5 November 2012

Aktiviti Jep : Event Sepah The Movie di Dataran Pahlawan, Melaka

Assalammualaikum Jeppers!

jangan buang masa. yok cuci mata. chewah!

sahabat selamanya!
untunglaaa makcikkk. T_T
adik baru balik sekolah pun dtg. haha






ya dia kidal. saya pun org tak tanya
dahaga sgt dah tuu

Meriah sgt nampak! bagi mereka yang berdekatan dengan siri RoadTour ni, marilah pakat turun ramai-ramai. kang menangis tak berlagu, nyesal tak turun, tak dapat jumpa Jep, jangan salahkan saya. :p ok ini nasihat untuk diri sendiri jugak ni, sbb masih tak confirm dpt turun. tapi bila tengok gambo2 ni, rasa macam mendidih rasa nak pergi. haha.

ok gmbo last, buat tatapan semua. mari nangis sama-sama sebab tak cuba tolong temankan Jep balik. ahahah!

tggu jep! saya dtg temankan. eh tunggu laaaa! T__T
gambar-gambar adalah dari page We Love Sepahtu dan dari akaun peribadi peminat jep.