Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Ayuh Gerak Gempur Undi Jep di ABPBH2012!

Assalammualaikum Jeppers!

ya saya tahu, lama gila tak update blog ni. bersawang habis dah ni. heheh. maaf lama menyepi, tapi itu bukan bererti minat pada Jep sudah berakhir. tidak, tidak sama sekali. hehe. sekadar mendiamkan diri kerana kekangan kerja yang memerlukan fokus dan juga kerana mood yg tiada. haha.

Ok, tak perlu dihebahkan lagi sebab semua orang tahu, Jep tercalon dalam TOP 5 ABPBH2012. Alhamdulillah. terima kasih atas sokongan semua.



Insya-Allah sama-sama doakan semoga ada kejutan dgn mengangkat Jep menjadi juara kategori tersebut. kalau Jep tak berjaya pun, bukan bererti dia kalah kerana dia sudah menang di hati kita semua kan? Saingan kategori tu pun kuat, sbb mcm kita tahu, Zizan dan Johan punya peminat yg ramai, gila! hehe. 

tapi satu saja saya minta...

andai ada kesempatan, marilah sama-sama kita laksanakan gerak gempur untuk mengundi Jep. manalah tahu, dia bertuah tahun ni. heheeh. beli paper BH byk2 atau SMS byk2 dan undi byk dan doa byk2 dan tawakal byk2. hehehe. :p

Bagaimana mengundi melalui SMS:

ABP<space>Kod SMS kepada 33399

Example: ABP A1 to 33399

* KOD SMS mengikut senarai dalam borang undian yang tertera di dada BH. Sebagai contoh:

1. Taip dan hantar ABP G1 kepada 33399 (Pelakon TV wanita popular; Fasha Sandha)
2. Taip dan hantar ABP N5 to 33399 (Penyampai Radio Lelaki Popular, Nabil)

**yang lain mengikut contoh di atas.

Undian SMS daripada 16 Jan'13 hingga 26 March'13
 Kod undi Jep : J2

Ok, itu saja. cukup sampai di sini. hehe. 

moga jumpa lg.

Ayuh berjuang!


Thursday, 29 November 2012

Hari Ini Telah Tiba!

Assalammualaikum Jeppers!

akhirnya hari yang dinanti telah tiba. siapa yang tahu hari ni ada apa?

haha. kalau tak tahu tu bukan Jeppers la namanya kan?

ok, buat pengetahuan sesiapa yang belum tahu, hari ini adalah hari pertama tayangan filem Sepah The Movie di pawagam-pawagam berhampiran anda.


siapa excited?

ok tak payah la sampai melompat dari kerusi tu, saya tahu korang sume excited.

siapa yang nak pergi tengok hari ni? adik-adik yang cuti sekolah mampu la kan, akak yang bekerja ni ujung minggu baru berpeluang kot.

bagi yang bertuah, bolehlah pergi tengok wayang dengan Jep dan warga kerja Sepah The Movie hari ni. dengar cerita, Jep akan tengok wayang di Pavilion hari ni, dalam jam 1.30 ptg. ini khabar2 yang saya dengar la, kalau Jep tak muncul masa tu, jangan marah saya pulak. haha.

Saya?

mestilah tak boleh pergi. sebab :-

  • hari ni hari bekerja
  • saya dok PENANG la. ada faham? haha.

saja kan Jep ni? nak bermesra dengan adik-adik je kan, ahkak ni terpinggir nok. kah3.

apapun selamat menonton Sepah The Movie buat semua yang menantikan kemunculan filem ni di pawagam. nanti dah tengok, jangan lupa komen ya.

chawwws!

Monday, 5 November 2012

Pengumuman : Buat Jeppers dan yang bukan Jeppers pun boleh baca. tak ada masalah. haha.

Assalammualaikum Jeppers!



tiada ku sangka sejak detik itu kau menjadi.. eh lagu apa pulak yang aku nyanyi ni? ok tiba-tiba saja blog ini sudah tidak menjadi rahsia. choi choi choi!

tak apalah, saya sangat alukan kedatangan semua. cuma ehem ehem. tuan tanah nak pesan. keh3. harap maaf kalau terdapat kegedikan sekali sekala yang tertonjol, TER ok. tak sengaja maksudnya. haha.

maka dengan ini, blog ini akan menjadi medium kepada semua yang belum kenal Jep, yang baru nak kenal, yang baru nak suka, yang dah lama suka.. dalam erti katanya, semualah yang berkaitan dengan Jep. walhal yang tak suka Jep pun boleh baca. tak apa, jangan gaduh, kita bincang. ^_^

saya akan muatkan segala yang melingkari hidup Jep pada masa sekarang, masa akan datang, juga masa lalu bagi kita sama-sama mengenali insan bernama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini ya!

Salam sayang,

Aku_Jeppers

p/s : maaf kalau dalam satu hari ada banyak entri, sbb rasa macam banyak nak cerita. lepas ni saya slow downkan momentum. hehe

Pengumuman : Jadual RoadTour Sepah The Movie

Assalammualaikum Jeppers!

Buat yang tidak tahu jadual RoadTour Sepah The Movie, ini jadualnya.


Terima kasih pada fanpage We Love Sepahtu atas jadual ini. heee. ^_^

jom pakatlah serbu ya. jangan malu-malu jangan segan-segan, ini semua cobaan eh mari meriahkan suasana ewah!

Saturday, 3 November 2012

Pengumuman : Salam Perkenalan dari Seorang Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^