Jeppers

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Dia dan Aku

Dia dan Aku

Dari Jeppers Untuk Jeppers

Assalammualaikum Jeppers!

Blog yang ditubuhkan ini bukan dibina untuk menyaingi mana-mana fanclub dan blog lain. ini sekadar cara aku untuk sampaikan sokongan pada Jep dan tidak ada paksaan untuk mengikuti blog ini.

segala entri adalah dari nukilan hati penulis dan berita-berita yang disampaikan pula akan dinyatakan sumbernya.

sekian terima kasih!

P/s : bagi mereka yang masih blur, Jeppers itu adalah nama bagi peminat-peminat Jep Sepah. ^_^

Wednesday 14 November 2012

Buat Jeppers Kesayangan

Assalammualaikum Jeppers!

Mungkin bakal sibuk sejak dua menjak akan datang, sebab nak fokus pada kerja yang terbengkalai yang sudah ada deadlinenya. mungkin akan menyepi seketika, tapi entah betul entah tidak. manalah tau, kang mood Jeppers saya meroyan-royan, maka terpaksalah saya update blog terpaksa konon.

hari ini, satu saja saya nak cakap.

tentang Jeppers.

ya, kamu. adik2 Jeppers yang ahkak sayang. hehe.

sejujurnya, dulu akak langsung tak pernah join kelab2 peminat ni, memang tidak pernah tahu rencah dan asam garamnya sebagai mana. sungguh akak tidak mengerti kerana selama ini, akak cuma minat dalam diam dan dok senyap-senyap tak kacau orang. tapi sungguhlah, aura apa Jep bawak sampai akak tak boleh duduk diam lagi, akak jadi nak tau semua pasal dia. akak nak tau perkembangan dia, apa aktiviti dia. semua akak nak tau. dari situ, akak terjebak terjoinlah dengan semua FC yang berkaitan dengan Jep. dan secara rasmi menjadi seorang Jeppers. Setelah menjadi seorang Jeppers, barulah akak tau macam-macam jenis manusia yang wujud di dalam kelab peminat.


Adik2 Jeppers,
memang tak salah adik2 nak minat Jep. minatlah! Jep pun tak marah, apatah lagi akak. haha. akak memang tak layak nak bg nasihat dekat adik-adik sebab akak sendiri baru je menjadi seorang Jeppers. tapi adik, dalam masa yang singkat ni pun, macam-macam jenis manusia akak jumpa. macam-macam perangai yang ada. akak tak halang adik nak minat Jep, cuma satu je pesan akak. berpada-padalah, jangan minat dia sampai kita tak boleh bezakan realiti dan fantasi.

Jep itu milik masyarakat. ya sebagai artis, dia milik masyarakat, tapi pada masa yang sama, dia pun ada ruang peribadi yang dia tak boleh kongsi dengan kalian. ada masanya, dia nakkan privacy, janganlah kita terlalu ganggu hidup dia sampai dia sendiri rasa rimas.

Kalau adik-adik benar minatkan Jep, seikhlas hati adik-adik, dengan sesiapapun dia berkawan, adik tidak akan kisah. walhal kalau suatu hari nanti, dia mendirikan rumah tangga dengan sesiapa sekalipun, adik akan masih tersenyum dan doakan kebahagiaan dia, dan masih setia jadi peminat dia. itu Jeppers sejati, mampukah adik-adik laksanakan?

 Janganlah kerana Jep yang adik-adik tidak kenal secara peribadi pun, adik-adik sanggup bergaduhan sesama sendiri, merebut benda yang belum pasti. ya tidak ada salahnya, menanam sedikit harapan, kerana jodoh itu suratan Allah, tapi dik, berpada-pada sama. jangan terlalu berangan sampai begitu yakin yang jep akan jadi milik adik-adik suatu hari nanti. kelak, perkara ini akan memakan diri adik juga. bila suatu hari nanti, jep jadi milik orang lain, saat itu adik-adik akan kecewa pada perkara yang sia-sia.

Maafkan akak,
andai entri ini buat adik-adik terasa. sumpah bukan itu niat akak. akak tak suka melihat perpecahan dalam Jeppers padahal kita berpaksi pada minat yang sama; Jep! akak harap adik-adik faham.


Buat Jep,


kalau saya menyepi dari hidup awak nanti, bukan bermakna saya dah tak minatkan awak. tapi mungkin sebab saya lebih rela menjadi orang yang minat awak senyap-senyap macam dulu. tak perlu menghadap manusia-manusia yang berasa awak adalah milik mereka sepenuhnya. mungkin saya dah penat, mungkin beberapa detik yang saya lalui sebagai jeppers sudah cukup sebagai kenangan terindah dalam hidup saya. mungkin... 

p/s : ini bukan entri berjauh hati, mahupun merajuk diri. ini entri memujuk diri. wah gitu. haha! ok jumpa lagi, entah bila... kalau berkesempatan.

3 comments:

  1. akak . nak tanya boleh ? macam mana nak jadi one of ahli jeppers ? i mean ada masuk fan club ke apa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila adik minat Jep, automatik adik jadi Jeppers. :p tapi untuk nak ketahui perkembangan Jep dan berkawan sesama Jeppers, akak amat galakkan untuk join fan club. tak susah, cuma klik like saja pada fanclub jep sepah, Jep Sepah Fans Club dan page2 yg seangkatan dgnnya dkt FB. ^_^

      Delete
  2. jep ada dlm hati ni..13 February 2014 at 23:28

    xfahham la apesal la mamat sepah ni byk peminat. allllloooo~~~~~~

    ReplyDelete